CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 15, 2008

Majlis Penyampaian Hadiah Aktiviti Ko Kurikulum Persekolahan Agama Peringkat Akhir Tahun 2008M/1429H







Sabtu, 13 September 2008, Majlis penyampaian hadiah aktiviti ko-kurikulum bagi Sekolah Agama peringkat akhir telah diadakan di Kolej Universiti Perguruan Agama Seri Begawan. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Hj Md Yussop Bin Bakar iaitu Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Majlis dimulakan dengan bacaan fatihah, dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Pengajian Islam iaitu Ustazah Dyg Hjh Kasmah Bte Hj Siput.

Murid-murid dari Sekolah Ugama Penanjong telah menerima hadiah di dalam Peraduan Membaca Rawi, Peraduan Dikir Syarafil Anam & Peraduan Membaca Tahlil & Doa Arwah. Majlis penyampaian Pengumuman keputusan aktiviti ko-kurikulum diumumkan oleh Ketua Unit KoKurikulm sendiri iaitu Yang Mulia Awg Hj Md Said Bin Abas.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terlibat, dan juga kepada semua guru-guru yang terlibat didalam mendidik serta memberi tunjuk ajar kepada murid-murid sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

1 comments:

Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong said...

Tahniah kepada Murid-murid dan cikgu-cikgu Sekolah Ugama Penanjong diatas kejayaan ani, sekurang-kurangnya ada jua wakil dari daerah Tutong..