CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 10, 2009

Menaikkan Bendera Menjelang Hari Kebangsaan





Isnin, 09 Februari 2009, pihak sekolah telah mengadakan majlis menaikkan bendera kebangsaan sempena menyambut sambutan Hari Kebangsaan ke 25 yang jatuh pada 23 februari 2009 ini. Perarakan di ketuai oleh guru-guru lelaki SU Penanjong dan diikuti oleh murid-murid lelaki darjah tiga hingga enam. Sebaik sahaja murid-murid sampai ke kawasan sekolah, semua murid-murid dan guru-guru menyanyikan lagu kebangsaan. Majlis bermula pada jam 2.00petang sebaik sahaja murid menunaikkan sembahyang fardhu Zuhur berjemaah yang bertempat di pebarisan persekolahan.

Friday, February 6, 2009

Keputusan SSRU 2008

Untuk mengetahui keputusan SSRU bagi tahun 2008, sila klik disini. Keputusan ini di ambil daripada website cpsbrunei.com

Majlis Perpisahan Bagi Tenaga Pengajar Yang Bertukar dan Melanjutkan Pelajaran


Guru Besar memberikan sedikit ucapan buat guru-guru yang diraikan.



Cikgu Hjh Maidah melanjutkanpelajaran di KUPUSB


Cikgu Norain berdiri dari kanan, bertukar ke Sekolah Ugama Sinaut


Cikgu Norazmah bertukar ke Sekolah Menengah Sengkarai


Cikgu Hjh Ruhani berdiri pertama dari kanan bertukar ke Sekolah Ugama PAP Norain





Jummat, 6 Februari 2009, Pihak sekolah yang terdiri dari guru-guru Su Penanjong telah membuat jamuan majlis perpisahan bagi guru-guru yang bertukar dan yang telah melanjutkan pelajaran. Acara tersebut berlangsung di restaurant Aneka Rasa kuilap. Turut hadir ialah guru-guru yang diraikan iaitu cikgu Hjh Ruhani Bte Hj Hassan, Cikgu Hjh Maidah Bte Hj Abd Manaf, Cikgu Norain Bte Mustaffa dan Cikgu Norazmah Bte Hj Jumat.

Majlis dimulakan dengan baccan doa selamat oleh Cikgu Mohd Pezaili, kemudian diikuti dengan ucapan dari Guru Besar dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang diraikan. Bacaan doa penutup dibaca oleh ketua badan bahagian amali iaitu Cikgu Hj Shaiful Rizal Bin Hj Marsal.

Monday, February 2, 2009

Jualan Buku "Projek Lima"









Isnin, 2 Februari 2009, Bagi menggalakkan murid-murid membaca sejak daripada awal lagi, Sekolah Ugama Penanjong Tutong telah mengadakan jualan buku "Projek Lima" yang berlangsung di kawasan kelas sekolah. Jualan tersebut bermula pada pukul 2.00 petang hinggalah jam 5.00 petang.

Program Projek Lima ini adalah anjuran daripada Jabatan Pendidikan Awak Kanak-Kanak, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah UBD, Ahli jawatankuasa Takmir Masjid Kg. Penanjong, Sekolah Rendah Penanjong dan Sekolah Ugama Penanjong. Pembukaan "Projek Lima" telah berlangsung pada 16 Januari 2009, yang bertempat di Masjid Kg Penanjong Tutong. Adapun salah satu tujuan diadakan "Projek Lima" ini adalah untuk memastikan supaya murid-murid dapat membaca sejak dari kecil lagi serta membiasakan murid supaya minat membaca.