CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 9, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim








Isnin, 08 September 08, Pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, khas bagi murid-murid yang bersekolah di Sekolah Ugama Penanjong Tutong. Seramai tujuh orang murid diraikkan pada hari tersebut yang terdiri dari darjah pra hingga darjah lima. Tetamu khas pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awg Hassan Bin Amat, Pengawai Pengajian Islam Daerah Tutong.Turut hadir ialah ketua kampong penanjong, pegawai-pegawai dari Pengajian Islam Tutong dan Ahli Jawantkuasa Ibubapa.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar, diikuti dengan ucapan dari tetamu kehormat, seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Bagi memberkati majlis bacaan tahlil & doa arwah diketuai oleh Cikgu Pezaili Bin Hj Talib dan doa penutup majlis dibacakan oleh Cikgu Eddy Fadzullah Bin Jasni.

Klik disini untuk melihat gambar yang lain http://picasaweb.google.com/supenanjong/MajlisBerbukaPuasaBersamaAnakAnakYatim#

RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni"

0 comments: