CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 30, 2008

Majlis Sambutan Hari Guru Anjuran Murid-Murid Darjah VI

Guru Besar memberi ucapan alu-aluan


Ketua Murid (Abdul Muim Bin Sukardean)

Pengacara pada majlis tersebut



Lakonan daripada murid-murid darjah Lima









Khamis, 30 Oktober 2008, Ahli jawatankuasa gabungan murid-murid darjah IV hingga VI telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru khas buat guru-guru di Sekolah Ugama Penanjong. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Al Fatihah yang diketuai oleh Hj Ahmad Wajdi Bin Md Rozaini dan diikuti oleh bacaan Al Quraan oleh Muhammad Muadz Bin Ramlee.

Selesai sahaja ucapan alu-aluan daripada Guru Besar dan ketua murid iaitu Abdul Muim Bin Sukardean, acara dimulakan dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh murid-murid darjah Pra dan seterusnya dikuti oleh darjah 1 dan 2. Murid-murid darjah empat telah menyampaikan lakunan dengan tajuknya "penyesalan".

Acara terakhir adalah penyampaian hadiah bertuah dan penghargaan buat semua guru-guru di sekolah ugama penanjong.

Untuk melihat gambar lain sila klik disini.

Jadual Peperiksaan Bertulis Akhir Tahun 2008M/1429H Bagi Darjah Empat & Lima



Wednesday, October 29, 2008

Jadual Peperiksaan Bertulis Akhir Tahun 2008M/1429H Bagi Darjah Pra Hingga Tiga






Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan kepada pihak Ibubapa/ Penjaga murid berhubung perkara diatas yang mana seperti tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas. Adalah dipohonkan kerjasama dari pihak Ibubapa/Penjaga Murid supaya dapat memastikan anak-anak biskita mengulangkaji pelajaran untuk persediaan bagi menghadapi peperiksaan itu nanti.

*Jadual peperiksaan bertulis bagi darjah empat & lima akan di kemaskini (update) secepat mungkin di masa akan datang.


Tuesday, October 21, 2008

Penghakiman 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keindahan)







Isnin, 20 Oktober 2008, Sekolah Ugama Penanjong telah terpilih untuk mengikuti pertandingan program 3k iaitu, (Kebersihan, Kesihatan & Keindahan) bersama sekolah-sekolah ugama khas yang lain. Sesi penghakiman bagi Sekolah Ugama Penanjong telah berlangsung pada Hari Isnin 20 Oktober 2008 pada jam 4.00 petang. Seramai lapan orang hakim yang terdiri dari Jabatan Pengajian Islam, Alam Sekitar serta dari jabatan kesihatan telah dilantik untuk menghakimi didalam pertandingan program tersebut.

Thursday, October 9, 2008

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bagi Murid Su penanjong






Khamis, 9 Oktober 2008, Pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi semua warga su penanjong. Acara bermula sebaik sahaja murid-murid menunaikan sembahyang fardhu zohor berjemaah. Majlis dimulakan dengan acara persembahan dari murid-murid darjah Pra & Satu dan di tutupi dengan bacaan doa selamat. Selesai sahaja acara majils, semua murid menikmati jamuan di dalam kelas masing-masing bersama dengan guru kelas.

Klik disini untuk melihat gambar lain

Monday, October 6, 2008

Persekolahan Penggal Keempat Bermula






Isnin, 6 Oktober 08, Persekolahan penggal keempat sudah pun bermula,murid-murid memulakan persekolahan mereka dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai selepas sahaja murid-murid bersembahyang Zuhur berjemaah. Bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Cikgu Pezaili dan bacaan doa dibacakan oleh Cikgu Hjh Saiful Rizal.