CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, June 27, 2008

Majlis Perpisahan Bagi Tenaga Pengajar






Jummat, 6 Jun 2008, Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi Cikgu Pg Yusdi Bin Pg Rumbli, iaitu bekas tenaga pengajar di Sekolah Ugama Penanjong Tutong. Majlis tersebut bertempat di Restaurant Soto Rindu Sengkurong.

Beliau telah pun berkhidmat selama 2 tahun lebih di sekolah ugama penanjong dan kini bertukar ke Pusat Dakwah Islamiyah sebagai Jurutulis Tulisan Jawi. Selama perkhidmatan beliau di Sekolah Ugama Penanjong, beliau telah banyak berjasa dalam menghasilkan tulisan dikawasan serta bangunan sekolah.

Wednesday, June 25, 2008

Kempen Kebersihan Sebelum Cuti Penggal Persekolahan




Sabtu, 14 Jun 2008, Pihak sekolah telah mengadakan kempen kebersihan sebelum cuti penggal persekolahan. Semua murid-murid rendah bawah dan rendah atas terlibat dalam kempen ini. Kempen ini bermula dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang. Kempen ini berjalan dengan lancar dan semua murid-murid memberikan kerjasama dengan baik.

"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"

Monday, June 23, 2008

Sukan Ria Bagi Tahun 2008






Selasa, 11 Jun 2008, Sekolah Ugama Penanjong telah mengadakan sukan ria bagi semua warga sekolah dari darjah pra hinggalah darjah enam. Sukan tersebut dibahagikan mengikut rumah masing iaitu rumah merah, rumah biru, rumah hijau dan rumah kuning. Aktiviti ini diadakan setahun sekali selesai sahaja murid-murid mengadakan peperiksaan setengah tahun. Selain daripada belajar, pihak sekolah juga mementingkan kesihatan murid kerana ia dapat membantu murid-murid cergas dari segi fizikal dan mental.

"Akal yang sehat bermula dari tubuh badan yang sehat"

Sunday, June 22, 2008

Majlis kesyukuran Bagi Lepasan Murid Darjah Enam Tahun 2007








Khamis, 12 Jun 2008,
Lepasan murid darjah enam bagi tahun 2007 telah diraikan dengan majlis membaca tahlil serta doa kesyukuran yang di adakan dibilik sumber sekolah ugama penanjong. Majlis ini diawali dengan ucapan daripada Cikgu Maseni Bte Hj Libut iaitu Guru Besar sekolah ugama penanjong. Diantara ucapan yang disentuh oleh Guru Besar ialah mengingatkan murid-murid supaya terus menuntut ilmu hinggalah ke menara gading.

Sembahyang Asar Di Masjid Kg Penanjong





Isnin,10 Jun 2008
, sudah menjadikan kebiasaan seperti tahun-tahun lepas , Badan Bahagian Amali Agama telah mengadakan lagi aktiviti bersembahyang Asar berjemaah di masjid Kg Penanjong bagi murid dari darjah empat hingga enam. Cuma pada tahun ini murid-murid perempuan juga turut ikut serta berbanding pada tahun lepas, hanya murid lelaki sahaja yang dibenarkan.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membiasakan murid-murid supaya berjinak-jinak dengan masjid serta dapat ikut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh takmir masjid.

Peraduan Melukis Sempena Hari Tanpa Tembakau







Sabtu, 07 Jun 08
, Badan Bahagian Aktiviti telah mengadakan peraduan melukis yang dibukakan kepada semua murid-murid sesi rendah bawah dan rendah atas. Murid-Murid dibenarkan melukis secara bebas mengikut kategori masing-masing asalkan lukisan tersebut bertemakan MELARANG MEROKOK.

Lukisan-lukisan tersebut akan di hakimi oleh setiap guru kelas dan lukisan yang terbaik akan di letakkan di papan kenyataan "hasil kerja murid". Peraduan tersebut berjalan dengan lancar dan semua murid-murid memberikan kerjasama dengan baik.

Saturday, June 21, 2008

MOTTO

BERILMU, BERIMAN DAN BERAKHLAK

VISI

Kearah Pembentukan insan yang berilmu, berdisiplin, beramal dan berakhlak mulia.

MISI

Kami beriltizam memberikan Pendidikan Agama kepada pelajar-pelajar agar mereka dapat memahami, menghayati serta mengamalkan nilai-nilai Pengajaran Islam melalui pengajaran, pembelajaran dan kepimpinan yang berkesan berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jama,ah.

MATLAMAT

1. Menerapkan Pengetahuan Agama kedalam jiwa pelajar agar dapat berpegang kuat serta mengamalkannya.

2. Menjadikan para pelajar agar berkebolehan dalam semua aspek melalui aktiviti sekolah.

3. Menjadikan para pelajar sebagai pemimpin generasi pada masa akan datang.

4. Membentuk para pelajar supaya mempunyai wawasan, ceria dan cemerlang.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan dan memberikan program motivasi melalui latihan secara teori dan praktikal.
  2. Menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM ) yang relevan dan berkesan.
  3. Menyampaikan pelajaran dan aktiviti berpandukan rancangan sekolah dan rancangan Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum secara intensif.
  4. Merealisasikan para pelajar supaya berkeyakinan, berani dan sentiasa maju kehadapan.
  5. Menanamkan watak kepimpinan, berwibawa, ikhlas, amanah dan jujur melalui latihan secara praktikal / langsung.
  6. Melaksanakan aktiviti dalam dan luar sekolah secara berterusan / berperingkat-peringkat.
  7. Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar / warga sekolah.
  8. Peka terhadap perkembangan semasa serta mengambil iktibar terhadap apa-apa yang telah dan sedang berlaku.

Tuesday, June 17, 2008

Sejarah Ringkas

1. Sekolah Ugama Penanjong Tutong mula ditubuhkan pada 20 April 1958 iaitu menggunakan bangunan dibawah Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

2. Guru Besar pertama menjalankan tugas di sekolah tersebut ialah Cikgu Shuib Bin Haji Noor ( Guru Kontrak dari semenanjung Malaysia )

3. Selama menggunakan bangunan tersebut sebanyak 13 orang Guru Besar telah dilantik untuk menjalankan tugas. Guru Besar yang terakhir bertugas di sekolah tersebut ialah Cikgu Hj.Bagol Bin Hj.Awg.Tuah. Pada bulan Ogos 1990 Sekolah Ugama Penanjong telah berpindah dan menggunakan bangunan sendiri.