CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 31, 2008

Peraduan Tahlil Peringkat Daerah Bagi Sekolah-Sekolah Ugama (Murid Perempuan)


Khamis, 31 Julai 2008, Murid-murid perempuan dari Sekolah Ugama Penanjong telah ikut serta di dalam peraduan tahlil bagi peringkat daerah bagi sekolah-sekolah ugama. Peraduan tersebut berlangsung di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain Tutong. Sekolah yang menduduki pada tempat pertama akan meneruskan lagi saringan ke peringkat separuh akhir.

Tuesday, July 29, 2008

Majlis Dua Dalam Satu


Murid-murid membaca surah yassin beramai-ramai




Bacaan Surah Yassin diketuai oleh Cikgu Pezaili

Cikgu Hjh Maidah telah banyak mengharumkan nama sekolah dalam membimbing serta mengajar murid-murid di dalam peraduan peringkat daerah dan negara.

Dari Kiri, Cikgu Hjh Zariah Bte Morni

Cikgu Hjh Maidah Bte Hj Abd Manaf

Selasa, 29 Julai 2008, Badan Bahagian Amali telah mengadakan majlis membaca Surah Yassin sempena menyambut Isra` Mikraj beserta majlis doa kesyukuran sempena dua orang tenaga pengajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke KUPUSB pada awal Ogos ini. Majlis tersebut bermula selesai sahaja murid-murid bersembahyang fardhu zuhur berjemaah dan berakhir kira-kira jam 2.45 petang.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan tahniah kepada Cikgu Hjh Maidah Bte Hj Abd Manaf dan Cikgu Hjh Zariah Bte Hj Morni kerana terpilih melanjutkan pelajaran ke KUPUSB. Pihak sekolah juga tidak lupa mendoakan semoga mereka berjaya di dalam bidang pelajaran mereka nanti.

Sunday, July 27, 2008

Peraduan Tahlil Bagi Peringkat Daerah Bagi Sekolah-Sekolah Ugama (Lelaki)

Hakim-hakim di dalam pertandingan tahlil.

Murid-murid dari Sekolah Ugama Penanjong Tutong.




Sabtu, 26 Julai 2008, Murid-murid dari sekolah ugama penanjong telah ikut serta didalam pertandingan Tahlil yang berlangsung di sekolah ugama Pengiran Anak Puteri Norain Tutong. Acara ini adalah diantara salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam.

Tuesday, July 15, 2008

Ucapan Terima Kasih


Seramai empat orang mahasiswa dan seorang mahasiswi dari KUPUSB telah membuat latihan mengajar mereka di Sekolah Ugama Penanjong Tutong lebih kurang dua minggu. Pihak sekolah ingin mengucapakan berbanyak terima kasih kepada para mahasiswa & siswi kerana telah menyumbangkan" payung pondok" kepada pihak sekolah di hari akhir latihan pengajaran mereka. Semoga dengan amalan ikhlas ini membantu mereka memperolehi kejayaan di dalam pelajaran mereka.

Saturday, July 12, 2008

Majlis Perlancaran Program 5 "S"

Guru Besar Hjh Maseni Bte Hj Libut memberikan ucapan alu-aluan

Tetamu Kehormat iaitu Ketua Kg Penanjong merasmikan pelancaran program 5 "S"

Tenaga pengajar bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat dan Pegawai-Pegawai dari Pengajian Islam Tutong

Sebahagian daripada tenaga-tenaga pengajar perempuan


Tenaga-tenaga pengajar lelaki Sekolah Ugama Penanjong Tutong 1

Sabtu, 12 Jun 2008, Sekolah Ugama Penanjong telah melancarkan Program 5 s iaitu Senyum, Sopan, Santun, Salam & Sapa. Tetamu kehormatnya ialah Hj Jumat Bin Abdul Kadir iaitu ketua kampong penanjong. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah pegawai-pegawai dari Unit Pengajian Islam Tutong. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar Sekolah Ugama Penanjong dan diikuti dengan penyampaian hadiah Kelasku Sayang dan Peraduan Mewarna bagi Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Pertandingan Menghafaz Ayat-Ayat Al Quran Peringkat Separuh Akhir




Saturday, July 5, 2008

Mentandatangani Rekod Bagi Murid-Murid




Wednesday, July 2, 2008

Menaikkan Bendera Kebangsaan Menjelang Hari Keputeraan KDYMM





Rabu, 2 Julai 2008, Badan bahagian kegiatan telah mengadakan aktiviti menaikkan bendera kebangsaan sempena menjelang hari keputeraan KDYMM yang ke 62 tahun. Semua murid -murid dan guru-guru terlibat didalam aktiviti ini. Majlis bermula pada pukul 2 petang, dan selesai sebaik sahaja murid-murid menaikkan dan menyanyikan lagu kebangsaan.

Membaca Surah Yassin Sempena Bermulanya Persekolahan Penggal Ke 3






Selesai sahaja cuti penggal persekolahan, guru-guru serta murid-murid memulakan persekolahan dengan mebaca surah yassin beramai-ramai selesai sahaja sembahyang fardhu Zuhur. Bacaan Surah yassin diketuai oleh Cikgu Pezaili Bin Hj Talip dan diikuti oleh semua murid dan guru. Aktiviti ini menggalakkan murid-murid supaya selalu mengamalkan membaca Al Quraan.