CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 30, 2008

Membaca Surah Yassin dan Doa Arwah Sekampong

Ketua Kampong Penanjong memberikan sedikit ucapan alu-aluan

Penolong Pegawai Daerah Tutong memberikan ucapan


Diantara para jemaah lelaki yang hadir


Murid-murid dari Sekolah Ugama Penanjong



Khamis, 28 Ogos 2008, Murid-murid dan tenaga pengajar dari Sekolah Ugama Penanjong telah di jemput untuk meramaikan lagi majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampong yang bertempat di Masjid Kampong Penanjong Tutong. Tetamu khas pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Hj Muhammad Suffian Bin Hj Bungsu, Penolong Pegawai Daerah Tutong.

Majlis membaca Surah Yassin dan Tahlil ini bermula sebaik sahaja para jemaah dan jemputan selesai menunaikkan sembahyang fardhu maghrib berjemaah. Majlis ini diteruskan lagi dengan sembahyang Sunnat Hajat yang diketuai oleh imam kampong penanjong sendiri. Sembahyang Sunnat Hajat ini khas ditujukan buat murid-murid serta pelajar dari penduduk Kampong Penanjong yang akan menduduki peperiksaan mereka tidak lama lagi.

Tuesday, August 26, 2008

Majlis Khatam Al Quraan Bagi Murid-Murid SU Penanjong










Selasa, 26 Ogos 2008, Seramai 46 murid dari Sekolah Ugama Penanjong iaitu 36 orang murid dari darjah enam dan 10 orang murid dibawah darjah enam telah diraikan dengan Majlis Khatam Al Quraan. Tetamu khas pada majlis itu ialah Yang Mulia Hj Ramli Bin Tunggal "Tokoh Guru Berjasa Tahun 2007."

Majlis berlangsung pada jam 2.00 petang dan bacaan Al-Quraan dimulakan sebaik sahaja tetamu khas mengetuai bacaan Al Fatihah beramai-ramai. Selesai sahaja semua murid membaca surah-surah pilihan ,bacaan doa khatam dibacakan oleh Abd Muim Bin Sukardean iaitu murid darjah enam. Acara majlis disambung dengan menabur bunga rampai yang dimulakan oleh tetamu khas dan diikuti oleh para pegawai, jemputan khas dan para ibubapa. Bacaan Dikir dan Tahktim dibawa oleh murid-murid darjah empat dan lima.

Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tenaga pengajar, ahli jawantkuasa dan para ibubapa dan sesiapa sahaja yang menjayakan majlis khatam ini.

Klik disini untuk melihat gambar-gambar yang lain:
http://picasaweb.google.com/supenanjong/MajlisKhatamAlQuraanBagiMuridSekolahUgamaPenanjong

Monday, August 25, 2008

Lawatan Murid-Murid Ke Pejabat Ugama Daerah Tutong







Sabtu,23 Ogos 2008, Murid -murid sekolah ugama Penanjong yang terdiri dari darjah enam telahpun membuat lawatan ke Pejabat Ugama Daerah Tutong sempena Hari Pelanggan yang berlangsung serentak di empat daerah pada hari itu. Pada lawatan tersebut murid-murid serta tenaga pengajar berpeluang mengetahui struktur pentadbiran dan peranan jabatan yang ada di Pejabat Ugama Daerah Tutong. Selain daripada itu murid -murid juga mendapat mengetahui kerjaya yang telah dijalankan oleh jabatan masing-masing pada hari pelanggan tersebut.

Friday, August 22, 2008

Kempen Kebersihan Di Tanah Perkuburan Kampong Penanjong






Jummat 22 Ogos 2008, pihak sekolah telah membuat aktiviti kempen kebersihan di tanah perkuburan di kampong penanjong semepena menjelangnya bulan Ramadhan yang akan datang ini. Murid-murid yang terlibat adalah dari darjah tiga dan lima sahaja. Seramai 10 orang tenaga pengajar telah ikut serta di dalam aktivi itu yang diketuai oleh guru besar sendiri iaitu Cikgu Maseni Bte Hj Libut.Selesai sahaja kempen dijalankan bacaan surah Yassin dan Tahlil dibacakan yang diketuai oleh Cikgu Hj Morni Bin Basri. Aktiviti ini bermula pada jam 7.30 dan selesai pada jam 10.00 pagi.

Saturday, August 16, 2008

Membaca Surah Yassin bersama penduduk Kampong Penanjong







Sabtu, 16 Ogos 2008, Sempena menyemarakan malam nisfu syaaban, Ahli Jawantkuasa Masjid Kampong Penanjong telah mengalu-galukan murid-murid serta ibubapa untuk bersama-sama meramaikan sembahyang Maghrib dan Isya berjemaah serta membaca Surah Yassin. Acara tersebut mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kerana hampir 20 orang murid telah ikut serta pada malam itu yang terdiri daripada murid darjah empat hingga enam.

Lawatan Ke Expo Produk Halal Antarabangsa








Sabtu, 16 Ogos 2008, Murid -murid rendah bawah yang terdiri dari darjah satu hingga tiga telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Persidangan Antarabangsa. Lawatan ini diketuai oleh Cikgu Saripah Bte Syed Alli iaitu guru kanan II Sekolah Ugama Penanjong. Didalam lawatan ini murid-murid serta guru dapat melihat dan bertanya sendiri tentang produk-produk halal yang dijual dari dalam negeri dan dari luar.

Monday, August 11, 2008

Membaca Surah Yassin & Tahlil Arwah





Isnin 11 Ogos 2008, Badan Bahagian Amali telah mengadakan Bacaan Surah Yasin & Tahlil di rumah Awg Hj Ramli Bin Duli salah seorang penduduk Kampong Penanjong Tutong. Bacaan Surah Yasin & Tahlil ini ditujukan khas buat Allahyarhamah Hjh Aminah Bte Munap iaitu isteri kepada Awg Hj Ramli yang telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis 7 Ogos 2008 . Seramai 20 orang murid terlibat di dalam aktiviti bacaan tahlil ini. Bacaan surah yassin dan tahlil di ketuai oleh Cikgu Mohammad Pezaili Bin Talib.

Thursday, August 7, 2008

Undangan Dari Sekolah Ugama Ukong Tutong




Murid-murid dikir & tahktim dan tenaga pengajar dari sekolah ugama penanjong bergambar ramai

Murid-murid yang khatam dari Sekolah Ugama Ukong Tutong

Khamis 7 Ogos 2008, Guru Besar Sekolah Ugama Ukong Tutong telah mengundang murid-murid dari sekolah ugama penanjong untuk membawakan Dikir & Tahktim di dalam majlis Khatam Al Quraan mereka. Seramai 30 orang murid dari Sekolah Ugama Penanjong Tutong telah terlibat di dalam acara tersebut yang diawasi oleh 8 orang tenaga pengajar.

Seramai 11 orang murid dari Sekolah Ugama Ukong Tutong telah mengikuti di dalam Majlis Khatam Al Quraan tersebut. Tetamu khas mereka ialah Yang Mulia Ustaz Haji Muhammad Bin Garing, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah KHEU.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cikgu Ermadini Bin Jailani iaitu Guru Besar Sekolah Ugama Ukong Tutong di atas kesudian nya mengundang murid-muird kami didalam acara Majlis Khatam Al-Quraan mereka.

Wednesday, August 6, 2008

Rakaman Ihya Ramadhan






Rabu, 06 Ogos 2008, Seramai sepuluh orang murid dari sekolah ugama penanjong telah terpilih untuk membuat rakaman didalam rancangan Ihya Ramadhan yang berlangsung di Dewan Raya (RTB) petang tadi. Murid-murid yang terlibat adalah dari darjah lima hingga enam. Sekolah ugama penanjong telah membawakan cerita "Pelayan Istana Yang Beriman" yang disampaikan oleh Hjh Fatin Najihah Bte Hj Md Rozaini. Seramai empat orang tenaga pengajar telah ikut serta mengawas murid-murid didalam rakaman tersebut.