CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 18, 2009

Beriadah bersama warga sekolah








Ahad, 15 Mac 2009, pihak sekolah telah mengadakan akitivi riadah berjalan kaki sempena menyambut maulidur rasul. Aktiviti tersebut bermula dengan acara pemanasan badan di tempat pebarisan sekolah dan kemudian murid-murid dan guru-guru berjalan kaki menuju ke pantai kg penanjong.

Tujuan pihak sekolah mengadakan aktiviti ini adalah supaya murid-murid dapat menjaga kesihatan tubuh badan serta dapat mengeratkan lagi hubungan murid bersama guru-guru. Aktivi tersebut bermula pada jam 7.00pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi.

Majlis Berdikir Dan Doa Kesyukuran Bagi Meraikan Kejayaan Murid Tahun 2008







Sabtu, 14 Mac 2009, Pihak sekolah telah mengadakan majlis berdikir dan doa kesyukuran bagi meraikan kejayaan beberapa kegiatan murid tahun 2008. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Hj Ahmad Bin Hj Mohin, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al Quraan daripda Dyg Amirah Dayana, naib johan peraduan al quraan kategori A peringkat akhir negara tahun 2008. Seterusnya diikuti dengan persembahan rawi lelaki & perempuan, johan peraduan rawi peringkat akhir negara tahun 2008.

Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang diraikan disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Hj Ahmad Bin Hj Mohin, dan majlis berdikir dan menabur bunga rampai diketuai oleh tetamu kehormat dan diikuti oleh pegawai-pegawai dari Pengajian Islam Tutong dan seterusnya ibubapa murid-murid yang diraikan.


Klik disini untuk melihat gambar-gambar lain
.

Saturday, March 14, 2009

Majlis Penutup Dikir Syarafil Anam Bersama Jemaah Masjid Kg Penanjong










































Khamis, 12 Mac 2008
, Murid-murid dari Sekolah Ugama Penanjong telah diundang didalam majlis penutup dikir syarafil Anam yang berlangsung di masjid kg penanjong tutong. Murid yang terlibat adalah murid darjah empat hingga darjah enam. Pihak sekolah telah membawakan dikir assalai yang diketuai oleh Cikgu Mohd Pezaili. Majlis berdikir bermula selepas sahaja sembahyang fardhu isyak berjemaah.

Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul Di Daerah Tutong Tahun 1430H






Isnin,09 Mac 2009, Acara kemuncak sambutan Maulidur Rasul Bagi Tahun 1430 Hijrah di daerah tutong telah berlangsung di Padang kebajikan berhampiran dengan Dewan Seri Kenangan. Murid-murid lelaki dari SU Penanjong telah sama-sama melibatkan diri di dalam acara tersebut. Seramai 30 orang murid telah ikut serta didalam perarakan ini yang terdiri daripada murid darjah empat hingga darjah enam. Rombongan sekolah diketuai oleh Cikgu Shaiful Rizal Bin Hj Marsal, Ketua Badan Amali Agama SU Penanjong Tutong.

Lawatan Ke Pesta Buku 2009







Selasa,03 Mac 2009, Badan Bahagian Kegiatan telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku 2009 bagi murid-murid darjah satu hingga tiga . Seramai 50 orang murid telah mengikuti didalam lawatan ini yang di awasi oleh 7 orang tenaga pengajar. Dialam lawatan ini, murid-murid mengambil kesempatan membeli serta melihat buku-buku yang dijual disana. Adapun tujuan pihak sekolah mengadakan lawatan ini ialah supaya dapat memupuk murid-murid agar mencintai ilmu pengetahuan dan gemar membaca buku

Sunday, March 8, 2009

Berdikir Bersama Jemaah Masjid Kg Penanjong Tutong






Rabu, 04 Mac 2009, Murid-murid lelaki yang terdiri dari Darjah Empat hingga Enam telah ikut serta didalam acara dikir yang berlangsung di Masjid Kg Penanjong. Akitivi sebegini adalah salah satu daripada kegiatan murid bersama para jemaah masjid Kg Penanjong bagi sama-sama meramaikan serta menghidupkan malam-malam Maulidur Rasul.

Seramai 35 orang murid telah ikut serta pada malam tersebut yang diawasi oleh 4 orang tenaga pengajar. Murid-murid dari SU Penanjong telah membawakan dikir Khairuman dan Asraqal. Majlis bermula sebaik sahaja selesai sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.