Monday, September 29, 2008
Tuesday, September 16, 2008
Majlis Khatam Al Quran Bagi Warga Su Penanjong
Selasa,16 September 2008, Guru-guru serta murid-murid telah mengadakan majlis Khatam Al Quran sempena di bulan Ramadhan ini. Majlis berlangsung di bilk ibadat SU Penanjong. Murid-murid yang terlibat adalah dari darjah empat hinggalah darjah enam.Bacaan dimulakan secara beramai-ramai oleh guru dan murid dan doa penuntup dibacakan oleh Cikgu Pezaili Bin Hj Talip. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang sering dijalankan pada setiap bulan Ramadhan.
Klik disini untk melihat gambar yang lain:
http://picasaweb.google.com/supenanjong/MajkisKhatamAlQuranBagiWargaSuPenanjong#
Posted by supenanjong at 2:38 AM 0 comments
Monday, September 15, 2008
Majlis Penyampaian Hadiah Aktiviti Ko Kurikulum Persekolahan Agama Peringkat Akhir Tahun 2008M/1429H
Murid-murid dari Sekolah Ugama Penanjong telah menerima hadiah di dalam Peraduan Membaca Rawi, Peraduan Dikir Syarafil Anam & Peraduan Membaca Tahlil & Doa Arwah. Majlis penyampaian Pengumuman keputusan aktiviti ko-kurikulum diumumkan oleh Ketua Unit KoKurikulm sendiri iaitu Yang Mulia Awg Hj Md Said Bin Abas.
Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terlibat, dan juga kepada semua guru-guru yang terlibat didalam mendidik serta memberi tunjuk ajar kepada murid-murid sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.
Posted by supenanjong at 6:01 AM 1 comments
Saturday, September 13, 2008
Membaca Surah Yassin dan Tahlil Di Kubur Pulau Raya Kg Penanjong
Khamis, 11 September 2008, Murid-murid Rendah Atas yang terdiri dari darjah empat hingga enam telah membaca Surah Yassin & Tahlil sempena bulan Ramadhan yang bertempat di kubur Pulau Raya Kg. Penanjong. Seramai 12 orang guru telah ikut serta di dalam aktiviti tersebut. Bacaan Surah Yassin & Tahlil diketuai oleh Cikgu Hj Morni dan dikuti beramai-ramai oleh kesemua murid-murid.
Posted by supenanjong at 6:24 AM 1 comments
Tuesday, September 9, 2008
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim
Isnin, 08 September 08, Pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, khas bagi murid-murid yang bersekolah di Sekolah Ugama Penanjong Tutong. Seramai tujuh orang murid diraikkan pada hari tersebut yang terdiri dari darjah pra hingga darjah lima. Tetamu khas pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awg Hassan Bin Amat, Pengawai Pengajian Islam Daerah Tutong.Turut hadir ialah ketua kampong penanjong, pegawai-pegawai dari Pengajian Islam Tutong dan Ahli Jawantkuasa Ibubapa.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar, diikuti dengan ucapan dari tetamu kehormat, seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Bagi memberkati majlis bacaan tahlil & doa arwah diketuai oleh Cikgu Pezaili Bin Hj Talib dan doa penutup majlis dibacakan oleh Cikgu Eddy Fadzullah Bin Jasni.
Klik disini untuk melihat gambar yang lain http://picasaweb.google.com/supenanjong/MajlisBerbukaPuasaBersamaAnakAnakYatim#
Posted by supenanjong at 5:31 AM 0 comments
Wednesday, September 3, 2008
Tedarus Anjuran Jabatan Pengajian Islam Daerah Tutong
Khamis,04 September 08, kesemua murid-murid darjah empat hingga enam dan tenaga pengajar telah bersama-sama bertedarus membaca Al -Quraan sempena di bulan ramadhan ini. Anjuran ini adalah salah satu aktiviti yang di dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam Daerah Tutong. Sebelum memulakan bacaan beramai-ramai, doa sebelum membaca Al Quraan di ketuai oleh Cikgu Pezaili Bin Hj Talib dan di ikuti oleh kesemua murid-murid.
Posted by supenanjong at 11:49 PM 0 comments
Tuesday, September 2, 2008
Sembahyang Asar Di Masjid Kg Penanjong
Isnin, 01 September 2008, Kesemua murid darjah empat hingga enam telah bersembahyang Asar berjemaah di Masjid Kg Penanjong yang diawasi oleh enam orang tenaga pengajar. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Bahagian Kegiatan dan Badan Bahagian Amali Sekolah Ugama Penanjong yang dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Mudah-mudahan aktiviti seperti ini dapat membiasakan murid-murid bersembahyang berjemaah di masjid bersama-sama penduduk kampong.
Posted by supenanjong at 2:30 AM 0 comments