

Isnin, 09 Februari 2009, pihak sekolah telah mengadakan majlis menaikkan bendera kebangsaan sempena menyambut sambutan Hari Kebangsaan ke 25 yang jatuh pada 23 februari 2009 ini. Perarakan di ketuai oleh guru-guru lelaki SU Penanjong dan diikuti oleh murid-murid lelaki darjah tiga hingga enam. Sebaik sahaja murid-murid sampai ke kawasan sekolah, semua murid-murid dan guru-guru menyanyikan lagu kebangsaan. Majlis bermula pada jam 2.00petang sebaik sahaja murid menunaikkan sembahyang fardhu Zuhur berjemaah yang bertempat di pebarisan persekolahan.
Tuesday, February 10, 2009
Menaikkan Bendera Menjelang Hari Kebangsaan
Posted by supenanjong at 5:52 PM 0 comments
Friday, February 6, 2009
Keputusan SSRU 2008
Untuk mengetahui keputusan SSRU bagi tahun 2008, sila klik disini. Keputusan ini di ambil daripada website cpsbrunei.com
Posted by supenanjong at 3:54 PM 0 comments
Majlis Perpisahan Bagi Tenaga Pengajar Yang Bertukar dan Melanjutkan Pelajaran
Majlis dimulakan dengan baccan doa selamat oleh Cikgu Mohd Pezaili, kemudian diikuti dengan ucapan dari Guru Besar dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang diraikan. Bacaan doa penutup dibaca oleh ketua badan bahagian amali iaitu Cikgu Hj Shaiful Rizal Bin Hj Marsal.
Posted by supenanjong at 3:45 AM 0 comments
Monday, February 2, 2009
Jualan Buku "Projek Lima"
Isnin, 2 Februari 2009, Bagi menggalakkan murid-murid membaca sejak daripada awal lagi, Sekolah Ugama Penanjong Tutong telah mengadakan jualan buku "Projek Lima" yang berlangsung di kawasan kelas sekolah. Jualan tersebut bermula pada pukul 2.00 petang hinggalah jam 5.00 petang.
Program Projek Lima ini adalah anjuran daripada Jabatan Pendidikan Awak Kanak-Kanak, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah UBD, Ahli jawatankuasa Takmir Masjid Kg. Penanjong, Sekolah Rendah Penanjong dan Sekolah Ugama Penanjong. Pembukaan "Projek Lima" telah berlangsung pada 16 Januari 2009, yang bertempat di Masjid Kg Penanjong Tutong. Adapun salah satu tujuan diadakan "Projek Lima" ini adalah untuk memastikan supaya murid-murid dapat membaca sejak dari kecil lagi serta membiasakan murid supaya minat membaca.
Posted by supenanjong at 3:45 PM 0 comments
Sunday, January 25, 2009
Majlis Ceramah Sempena Awal Tahun Hijrah 1430H
Sabtu, 24 Januari 2009, Pihak sekolah ugama penanjong telah mengadakan ceramah sempena menyambut tahun hijrah 1430. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Hj Badruddin Bin Hj Besar, penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah. Ceramah tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Majlis tersebut bertempat di bilik ibadat sekolah dan di hadiri oleh kesemua murid dari darjah satu hinggan enam. Di dalam ceramah tersebut beliau menasihatkankan supaya murid-murid dapat mengubah ahklak daripada baik kepada lebih baik lagi serta murid-murid hendaklah selalu mencontohi akhlak Rasulullah.
Posted by supenanjong at 6:29 PM 0 comments
Tuesday, January 20, 2009
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Murid-Murid Tahun 2009

Gambar disediakan oleh Cikgu Hj Saiful RizalAbdul Rahman Bin Hasbi murid darjah enam, telah di lantik menjadi ketua agong bagi tahun ini dan penolong ketua agongnya ialah Nurhidayat Bte Alihan. Manakala Mohd Faiz Bin Hj Sofian telah dilantik menjadi Ketua kebersihan (3k) dan penolongnya Hjh Fathin Najihah Bte Hj Mohd Rozaini.
Majlis berlangsung di bilik ibadat sekolah ugama penanjong sebaik sahaja murid-murid menunaikan sembahyang fardhu zuhur berjemaah. Bacaan Iqrar dibaca sendiri oleh ketua agong dan diikuti oleh semua ahli jawatankuasa murid. Adapun tujuan pihak sekolah melantik ahli jawantkuasa murid ini adalah supaya murid-murid dapat membantu guru-guru dalam mengawal hal ehwal sekolah serta dapat belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab.
Posted by supenanjong at 4:55 AM 0 comments
Friday, January 16, 2009
Membaca Surah Yassin Dan Tahlil Di Kubur Sugan Tutong
Khamis 15 Januari 2008, seramai 20 orang murid lelaki darjah enam sekolah ugama penanjong telah membaca surah yassin dan tahlil bagi Allahyarhamah Hj Saripah Salmah Bte Syed Hj Md Alli iaitu salah seorang keluarga guru di sekolah ugama penanjong. Aktiviti kemasyarakatan ini diawasi oleh 7 orang guru yang bertempat di kubur Sugan tutong. Bacaan surah Yassin diketuai oleh Cikgu Mohd Pezaili Bin Talib dan bacaan tahlil diketuai oleh Cikgu Hj Morni Bin Basri.
Posted by supenanjong at 3:23 PM 0 comments



