CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 20, 2009

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Murid-Murid Tahun 2009

Murid-Murid membaca iqrar yang di ketuai oleh Ketua Agong Murid




Murid-murid mendengar ucapan daripada guru besar


Gambar disediakan oleh Cikgu Hj Saiful Rizal

Selasa,20 Januari 2009, Pihak sekolah telah melantik ahli jawatankuasa murid-murid bagi sesi tahun 2009. Perlantikan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perlantikan prefek-prefek dan ketua kebersihan (3k).

Abdul Rahman Bin Hasbi murid darjah enam, telah di lantik menjadi ketua agong bagi tahun ini dan penolong ketua agongnya ialah Nurhidayat Bte Alihan. Manakala Mohd Faiz Bin Hj Sofian telah dilantik menjadi Ketua kebersihan (3k) dan penolongnya Hjh Fathin Najihah Bte Hj Mohd Rozaini.

Majlis berlangsung di bilik ibadat sekolah ugama penanjong sebaik sahaja murid-murid menunaikan sembahyang fardhu zuhur berjemaah. Bacaan Iqrar dibaca sendiri oleh ketua agong dan diikuti oleh semua ahli jawatankuasa murid. Adapun tujuan pihak sekolah melantik ahli jawantkuasa murid ini adalah supaya murid-murid dapat membantu guru-guru dalam mengawal hal ehwal sekolah serta dapat belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab.


0 comments: