Sabtu, 2 Ogos 2008, Badan Bahagian Amali telah mengadakan Sembahyang Sunnat Hajat khas bagi murid-murid darjah enam yang akan menduduki ujian lisan pada 4 hingga 6hb Ogos ini. Sembahyang sunnat hajat tersebut di imamkan oleh Cikgu Othman Bin Jaluddin sebaik sahaja murid-murid selesai menunaikan solat fardhu zuhur berjemaah. Pihak sekolah tidak lupa mendoakan agar semua murid-murid akan berjaya didalam peperiksaan ujian lisan tersebut.
Sunday, August 3, 2008
Sembahyang Hajat Bagi Murid-Murid Darjah Enam
Posted by supenanjong at 9:08 PM 0 comments
Saturday, August 2, 2008
Lawatan Murid-Murid Ke Majlis Ilmu Di ICC
Sabtu, 2 Ogos 2008, Seramai 45 orang murid yang terdiri dari murid darjah empat dan lima telah mengikuti lawatan ke majlis ilmu yang bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Rombongan yang diawasi oleh empat orang tenaga pengajar bertolak pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang. Dengan adanya lawatan ini, diharap murid-murid dapat membuka minda serta dapat mengambil sedikit pengetahuan di dalam lawatan tersebut.
Posted by supenanjong at 7:35 AM 0 comments
Thursday, July 31, 2008
Peraduan Tahlil Peringkat Daerah Bagi Sekolah-Sekolah Ugama (Murid Perempuan)
Khamis, 31 Julai 2008, Murid-murid perempuan dari Sekolah Ugama Penanjong telah ikut serta di dalam peraduan tahlil bagi peringkat daerah bagi sekolah-sekolah ugama. Peraduan tersebut berlangsung di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain Tutong. Sekolah yang menduduki pada tempat pertama akan meneruskan lagi saringan ke peringkat separuh akhir.
Posted by supenanjong at 5:02 AM 0 comments
Tuesday, July 29, 2008
Majlis Dua Dalam Satu
Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan tahniah kepada Cikgu Hjh Maidah Bte Hj Abd Manaf dan Cikgu Hjh Zariah Bte Hj Morni kerana terpilih melanjutkan pelajaran ke KUPUSB. Pihak sekolah juga tidak lupa mendoakan semoga mereka berjaya di dalam bidang pelajaran mereka nanti.
Posted by supenanjong at 6:57 AM 0 comments
Sunday, July 27, 2008
Peraduan Tahlil Bagi Peringkat Daerah Bagi Sekolah-Sekolah Ugama (Lelaki)
Sabtu, 26 Julai 2008, Murid-murid dari sekolah ugama penanjong telah ikut serta didalam pertandingan Tahlil yang berlangsung di sekolah ugama Pengiran Anak Puteri Norain Tutong. Acara ini adalah diantara salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam.
Posted by supenanjong at 7:48 PM 0 comments
Tuesday, July 15, 2008
Ucapan Terima Kasih
Seramai empat orang mahasiswa dan seorang mahasiswi dari KUPUSB telah membuat latihan mengajar mereka di Sekolah Ugama Penanjong Tutong lebih kurang dua minggu. Pihak sekolah ingin mengucapakan berbanyak terima kasih kepada para mahasiswa & siswi kerana telah menyumbangkan" payung pondok" kepada pihak sekolah di hari akhir latihan pengajaran mereka. Semoga dengan amalan ikhlas ini membantu mereka memperolehi kejayaan di dalam pelajaran mereka.
Posted by supenanjong at 8:42 PM 0 comments
Saturday, July 12, 2008
Majlis Perlancaran Program 5 "S"
Posted by supenanjong at 9:14 AM 0 comments

