Murid-murid membaca surah yassin beramai-ramai
Cikgu Hjh Maidah telah banyak mengharumkan nama sekolah dalam membimbing serta mengajar murid-murid di dalam peraduan peringkat daerah dan negara.
Dari Kiri, Cikgu Hjh Zariah Bte Morni
Selasa, 29 Julai 2008, Badan Bahagian Amali telah mengadakan majlis membaca Surah Yassin sempena menyambut Isra` Mikraj beserta majlis doa kesyukuran sempena dua orang tenaga pengajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke KUPUSB pada awal Ogos ini. Majlis tersebut bermula selesai sahaja murid-murid bersembahyang fardhu zuhur berjemaah dan berakhir kira-kira jam 2.45 petang.
Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan tahniah kepada Cikgu Hjh Maidah Bte Hj Abd Manaf dan Cikgu Hjh Zariah Bte Hj Morni kerana terpilih melanjutkan pelajaran ke KUPUSB. Pihak sekolah juga tidak lupa mendoakan semoga mereka berjaya di dalam bidang pelajaran mereka nanti.

0 comments:
Post a Comment