CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 2, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Darjah Enam (2007) & Hadiah Pelajar Terbaik

Guru besar memberikan ucapann alu-aluan

Tetamu kehormat Yang Mulia Hj Yaakub Bin Hj Ismail memberi ucapan

Diantara penjaga murid yang hadir





Murid darjah enam tahun 2007 bergambar ramai dengan Cikgu Norsuryani

Murid cemerlang lelaki 2008, "Mohd Muadz Bin Ramlee", gambar berdiri tengah

Murid cemerlang perempuan 2008 "Amirah Dayana Bte Emran", gambar pertama dari kiri

Isnin, 1hb Disember 2008, Sempena hari terakhir persekolahan, pihak sekolah telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi murid terbaik darjah Pra hingga darjah Enam serta penyampaian sijil bagi darjah enam bagi tahun 2007 . Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Hj Yaakub Bin Hj Ismail iaitu Nazir Kanan Sekolah-Sekolah Ugama Di Jabatan Pengajian IslamTutong. Turut hadir di majlis tersebut ialah para ibubapa bagi menyaksikan anak-anak mereka di dalam penyampaian hadiah.

Pada tahun ini pihak sekolah telah membahagikan penyampaian hadiah kepada empat kategori, iaitu Penyampaian Hadiah Murid Terbaik, Penyampaian Hadiah Kedatangan Terbaik, Penyampaian Sijil Penghargaan (Kegiatan) dan Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang. Mohd Muadz Bin Ramlee telah dipilih sebagai murid cemerlang lelaki bagi tahun 2008 dan murid cemerlang perempuan bagi tahun 2008 ialah Amirah Dayana Bte Emran.

0 comments: