CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 26, 2008

Majlis Khatam Al Quraan Bagi Murid-Murid SU Penanjong










Selasa, 26 Ogos 2008, Seramai 46 murid dari Sekolah Ugama Penanjong iaitu 36 orang murid dari darjah enam dan 10 orang murid dibawah darjah enam telah diraikan dengan Majlis Khatam Al Quraan. Tetamu khas pada majlis itu ialah Yang Mulia Hj Ramli Bin Tunggal "Tokoh Guru Berjasa Tahun 2007."

Majlis berlangsung pada jam 2.00 petang dan bacaan Al-Quraan dimulakan sebaik sahaja tetamu khas mengetuai bacaan Al Fatihah beramai-ramai. Selesai sahaja semua murid membaca surah-surah pilihan ,bacaan doa khatam dibacakan oleh Abd Muim Bin Sukardean iaitu murid darjah enam. Acara majlis disambung dengan menabur bunga rampai yang dimulakan oleh tetamu khas dan diikuti oleh para pegawai, jemputan khas dan para ibubapa. Bacaan Dikir dan Tahktim dibawa oleh murid-murid darjah empat dan lima.

Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tenaga pengajar, ahli jawantkuasa dan para ibubapa dan sesiapa sahaja yang menjayakan majlis khatam ini.

Klik disini untuk melihat gambar-gambar yang lain:
http://picasaweb.google.com/supenanjong/MajlisKhatamAlQuraanBagiMuridSekolahUgamaPenanjong

2 comments:

Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong said...

Tahniah kepada murid-murid sekolah Ugama Penanjong kerana berjaya mengkhatamkankan bacaan Al-Quran semoga beroleh manfaat dan keberkatan dari bacaan Al-Quran,dan tahniah jua kepada guru-guru dan AJK majlis Khatam kerana berjaya mengungkayahkan majlis tersebut dengan jayanya..

supenanjong said...

Terima kasih su binturan kem, ikhlas daripada kami supenanjong.