Rabu, 10 Disember 2008, Sekolah Ugama penanjong telah mengadakan Majlis Ibadah Korban & Sunnat Aqiqah sempena menyambut Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1429H/2008M. Seramai 14 orang peserta telah ikut serta di dalam majlis ini, yang terdiri daripada guru-guru, ibubapa dan penjaga murid. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Hj Jumat Bin Hj Abd. Kadir iaitu ketua kampong penanjong tutong.
Pengagihan daging korban ini disampaikan sendiri oleh tetamu kehormat kepada anak-anak yatim & anak-anak fakir miskin yang bersekolah di sekolah ugama penanjong. Kemudian diikuti kepada para peserta korban & aqiqah dan para ahli jawatankuasa ibubapa.
Wednesday, December 10, 2008
Majlis Ibadah Korban & Sunnat Aqiqah Bagi SU Penanjong
Posted by supenanjong at 2:27 AM 0 comments
Tuesday, December 2, 2008
Majlis Penyampaian Sijil Darjah Enam (2007) & Hadiah Pelajar Terbaik


Isnin, 1hb Disember 2008, Sempena hari terakhir persekolahan, pihak sekolah telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi murid terbaik darjah Pra hingga darjah Enam serta penyampaian sijil bagi darjah enam bagi tahun 2007 . Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Hj Yaakub Bin Hj Ismail iaitu Nazir Kanan Sekolah-Sekolah Ugama Di Jabatan Pengajian IslamTutong. Turut hadir di majlis tersebut ialah para ibubapa bagi menyaksikan anak-anak mereka di dalam penyampaian hadiah.
Pada tahun ini pihak sekolah telah membahagikan penyampaian hadiah kepada empat kategori, iaitu Penyampaian Hadiah Murid Terbaik, Penyampaian Hadiah Kedatangan Terbaik, Penyampaian Sijil Penghargaan (Kegiatan) dan Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang. Mohd Muadz Bin Ramlee telah dipilih sebagai murid cemerlang lelaki bagi tahun 2008 dan murid cemerlang perempuan bagi tahun 2008 ialah Amirah Dayana Bte Emran.
Posted by supenanjong at 3:05 PM 0 comments
Wednesday, November 26, 2008
Mentandatangani Rekod Bagi Murid-Murid
Selasa, 25 November 2008, pihak sekolah telah mengadakan berjumpaan dengan para ibubapa & penjaga murid bagi mentandatangani rekod kemajuan murid. Perjumpaan sebegini diadakan setiap kali murid-murid selesai sahaja menduduki peperiksaan setengah dan akhir tahun. Adapun tujuan diadakan pertemuan ini adalah supaya para ibubapa dapat sama-sama menngetahui perkembangaan anak mereka di dalam pembelajaran
Posted by supenanjong at 4:18 AM 0 comments
Sembahyang Sunnat Hajat Bersama Ibubapa
17 November 2008, Badan bahagian Amali dan badan bahagian kegiatan Sekolah Ugama Penanjong telah mengadakan sembahyang sunnat hajat bagi murid-murid darjah enam yang bertempat di masjid kg penanjong. Sembahyang sunnat hajat ini di hadiri juga oleh penjaga ibubapa & murid-murid bagi sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Selesai sahaja sembahyang sunnat hajat, acara di teruskan dengan bacaan surah yassin yang diketuai oleh imam masjid kg penanjong sendiri.
Posted by supenanjong at 3:57 AM 0 comments
Sunday, November 16, 2008
Mini Kem Motivasi
Ahad, 16 November 2008, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti riadah bagi semua murid-murid darjah enam. Aktiviti tersebut diadakan di kawasan sekolah dan dinamakan dengan "Mini Kem Motivasi" . Adapun tujuan aktiviti tersebut diadakan ialah supaya murid-murid dapat mengurangkan ketegangan sebelum menghadapi peperiksaan bersijil nanti.
Aktiviti dimulakan dengan acara riadah berjalan kaki ke pantai kg penanjong bersama tenaga pengajar, kemudian murid-murid melakukan senaman ringan dikawasan sekolah. Aktiviti tersebut bermula pada jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 11.30pagi.
Posted by supenanjong at 2:06 AM 0 comments
Thursday, November 13, 2008
Bacaan Doa Selamat Untuk Tenaga Pengajar Yang Akan Menunaikan Ibadah Haji Tahun 2008M / 1429H
Khamis,13 November 2008, Tenaga-tenaga pengajar di Sekolah Ugama Penanjong telah mengadakan bacaan doa selamat bagi guru yang akan menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Guru tersebut adalah Cikgu Ezatul Khalilah Bte Hj Kudil, guru kelas darjah Satu Ta. Beliau akan berangkat ke tanah suci pada hari Isnin 17 November 2008.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Cikgu Pezaili Bin Talib. Kemudian diikuti dengan sumbangan derma daripada badan kebajikan guru-guru Sekolah Ugama Penanjong yang disampaikan sendiri oleh Guru Besar, Cikgu Maseni Bte Hj Libut.
Posted by supenanjong at 6:42 AM 0 comments
Ceramah Motivasi Bagi Murid-Murid Darjah Enam
Rabu, 12 November 2008, Badan bahagian kegiatan Sekolah Ugama Penanjong telah mengadakan ceramah motivasi sebelum murid-murid darjah enam menghadapi peperiksaan bersijil bagi seluruh sekolah-sekolah ugama. Ceramah tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awg Hj Abdul Rahman Bin Hj Ahim, Pegawai Kaunseling dari Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan. Di dalam ceramah tersebut, penceramah banyak mengkongsikan tips yang berguna bagi para murid sebelum menghadapi peperiksaan.
Posted by supenanjong at 4:02 AM 0 comments
Thursday, November 6, 2008
Bacaan Tahlil Arwah bersama Sekolah Ugama Sengkarai
Bacaan Surah Yassin diketuai oleh Cikgu Pezaili Bin Hj Talib dan Bacaan Tahlil Arwah dibawakan oleh Cikgu Hj Morni Bin Basri. Selesai sahaja bacaan Surah Yassin dan Tahlil Arwah, penyerahan sumbangan daripada guru-guru dan murid-murid Sekolah Ugama penanjong di sampaikan oleh guru kanan Sekolah UgamaPenanjong kepada Cikgu Maseni Bin Hj Libut.
Posted by supenanjong at 7:27 PM 0 comments