CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 16, 2008

Membaca Surah Yassin bersama penduduk Kampong Penanjong







Sabtu, 16 Ogos 2008, Sempena menyemarakan malam nisfu syaaban, Ahli Jawantkuasa Masjid Kampong Penanjong telah mengalu-galukan murid-murid serta ibubapa untuk bersama-sama meramaikan sembahyang Maghrib dan Isya berjemaah serta membaca Surah Yassin. Acara tersebut mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kerana hampir 20 orang murid telah ikut serta pada malam itu yang terdiri daripada murid darjah empat hingga enam.

Lawatan Ke Expo Produk Halal Antarabangsa








Sabtu, 16 Ogos 2008, Murid -murid rendah bawah yang terdiri dari darjah satu hingga tiga telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Persidangan Antarabangsa. Lawatan ini diketuai oleh Cikgu Saripah Bte Syed Alli iaitu guru kanan II Sekolah Ugama Penanjong. Didalam lawatan ini murid-murid serta guru dapat melihat dan bertanya sendiri tentang produk-produk halal yang dijual dari dalam negeri dan dari luar.

Monday, August 11, 2008

Membaca Surah Yassin & Tahlil Arwah





Isnin 11 Ogos 2008, Badan Bahagian Amali telah mengadakan Bacaan Surah Yasin & Tahlil di rumah Awg Hj Ramli Bin Duli salah seorang penduduk Kampong Penanjong Tutong. Bacaan Surah Yasin & Tahlil ini ditujukan khas buat Allahyarhamah Hjh Aminah Bte Munap iaitu isteri kepada Awg Hj Ramli yang telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis 7 Ogos 2008 . Seramai 20 orang murid terlibat di dalam aktiviti bacaan tahlil ini. Bacaan surah yassin dan tahlil di ketuai oleh Cikgu Mohammad Pezaili Bin Talib.

Thursday, August 7, 2008

Undangan Dari Sekolah Ugama Ukong Tutong




Murid-murid dikir & tahktim dan tenaga pengajar dari sekolah ugama penanjong bergambar ramai

Murid-murid yang khatam dari Sekolah Ugama Ukong Tutong

Khamis 7 Ogos 2008, Guru Besar Sekolah Ugama Ukong Tutong telah mengundang murid-murid dari sekolah ugama penanjong untuk membawakan Dikir & Tahktim di dalam majlis Khatam Al Quraan mereka. Seramai 30 orang murid dari Sekolah Ugama Penanjong Tutong telah terlibat di dalam acara tersebut yang diawasi oleh 8 orang tenaga pengajar.

Seramai 11 orang murid dari Sekolah Ugama Ukong Tutong telah mengikuti di dalam Majlis Khatam Al Quraan tersebut. Tetamu khas mereka ialah Yang Mulia Ustaz Haji Muhammad Bin Garing, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah KHEU.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cikgu Ermadini Bin Jailani iaitu Guru Besar Sekolah Ugama Ukong Tutong di atas kesudian nya mengundang murid-muird kami didalam acara Majlis Khatam Al-Quraan mereka.

Wednesday, August 6, 2008

Rakaman Ihya Ramadhan






Rabu, 06 Ogos 2008, Seramai sepuluh orang murid dari sekolah ugama penanjong telah terpilih untuk membuat rakaman didalam rancangan Ihya Ramadhan yang berlangsung di Dewan Raya (RTB) petang tadi. Murid-murid yang terlibat adalah dari darjah lima hingga enam. Sekolah ugama penanjong telah membawakan cerita "Pelayan Istana Yang Beriman" yang disampaikan oleh Hjh Fatin Najihah Bte Hj Md Rozaini. Seramai empat orang tenaga pengajar telah ikut serta mengawas murid-murid didalam rakaman tersebut.

Sunday, August 3, 2008

Sembahyang Hajat Bagi Murid-Murid Darjah Enam



Sabtu, 2 Ogos 2008, Badan Bahagian Amali telah mengadakan Sembahyang Sunnat Hajat khas bagi murid-murid darjah enam yang akan menduduki ujian lisan pada 4 hingga 6hb Ogos ini. Sembahyang sunnat hajat tersebut di imamkan oleh Cikgu Othman Bin Jaluddin sebaik sahaja murid-murid selesai menunaikan solat fardhu zuhur berjemaah. Pihak sekolah tidak lupa mendoakan agar semua murid-murid akan berjaya didalam peperiksaan ujian lisan tersebut.

Saturday, August 2, 2008

Lawatan Murid-Murid Ke Majlis Ilmu Di ICC






Sabtu, 2 Ogos 2008, Seramai 45 orang murid yang terdiri dari murid darjah empat dan lima telah mengikuti lawatan ke majlis ilmu yang bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Rombongan yang diawasi oleh empat orang tenaga pengajar bertolak pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang. Dengan adanya lawatan ini, diharap murid-murid dapat membuka minda serta dapat mengambil sedikit pengetahuan di dalam lawatan tersebut.