CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 27, 2009

Kongsisama cara penggunaan Interactive Whiteboard




f



Isnin, 27hb April 2009, Badan bahagian ICT telah mengadakan taklimat ringkas buat guru-guru SU Penanjong didalam cara penggunaan Interactive Whiteboard. Taklimat kongsisama ini di sampaikan oleh Syarikat Sunstream Technologies Sdn Bhd yang diketuai oleh Awg Garip Bin Jaluddin. Taklimat ini bermula pada jam 9.00 pagi yang bertempat di bilik sumber SU Penanjong.

Adapun tujuan taklimat ini disampaikan adalah supaya semua guru-guru akan dapat mengembangkan serta mempelbagaikan lagi cara pengajaran mereka di dalam bidang ICT. Pihak sekolah sekali lagi mengucapkan terima kasih buat Syarikat Syarikat Sunstream Technologies Sdn Bhd kerana sudi menjayakan taklimat kongsisama ini.

Saturday, April 25, 2009

Aktiviti mewarna dan melukis bagi murid-murid SU Penanjong















Sabtu, 25 April 2009, badan bahagian kegiatan telah mengadakan aktiviti mewarna dan melukis bagi murid-murid Sekolah Ugama Penanjong. Aktiviti ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aktiviti mewarna bagi murid-murid darjah pra hinggalah darjah tiga, manakala darjah empat hingga enam telah membuat aktiviti melukis.

Tema lukisan pada tahun ini adalah sempena menyambut sambutan Hari Air Sedunia. Adapun tujuan diadakan aktiviti ini adalah supaya murid-muird dapat menghargai betapa pentingnya sumber air kepada kehidupan manusia dan mengingatkankan murid-murid supaya tidak membazir air.

Saturday, April 11, 2009

Peraduan Dikir Syarafil Anam Peringkat Pemilihan Bagi DaerahTutong















Peserta daripada SU Kiudang mendapat tempat pertama bagi kategori perempuan

Peserta daripada SU Tutong Kem mendapat tempat pertama bagi kategori lelaki

Isnin, 06 April 2008
, sekolah ugama penanjong telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Peraduan Dikir Syarafil Anam Bagi Pemilihan Wakil Peserta Persekolahan Ugama Bagi Daerah Tutong. Majlis berlangsung selama dua hari, yang mana sebanyak 24 pasukan terdiri dari peserta lelaki, manakala 23 pasukan daripada peserta perempuan.

Majlis peraduan dikir tersebut berakhir pada hari selasa 7 April 2008, dan tetamu khasnya ialah Ustazah Hjh Norsiah Bte Shamsuddin iaitu Nazir Lawatan Zon 1, Jabatan Pengajian Islam Tutong. Turut hadir juga ialah pengawai-pegawai dari unit Ko-Kurikulum Jabatan Pengajian Islam. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru dan sesiapa sahaja yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut.

Dibawah ini adalah hasil keputusan pada hari tersebut:

PESERTA LELAKI

  1. SU TUTONG KEM
  2. MAHAD ISLAM BRUNEI
  3. SUPENANJONG

PESERTA PEREMPUAN

  1. SU KIUDANG
  2. SU SENGKARAI
  3. SU PENANJONG