CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 26, 2008

Mentandatangani Rekod Bagi Murid-Murid










Selasa, 25 November 2008, pihak sekolah telah mengadakan berjumpaan dengan para ibubapa & penjaga murid bagi mentandatangani rekod kemajuan murid. Perjumpaan sebegini diadakan setiap kali murid-murid selesai sahaja menduduki peperiksaan setengah dan akhir tahun. Adapun tujuan diadakan pertemuan ini adalah supaya para ibubapa dapat sama-sama menngetahui perkembangaan anak mereka di dalam pembelajaran

Sembahyang Sunnat Hajat Bersama Ibubapa




Gambar Oleh: Cikgu Norazmah


17 November 2008, Badan bahagian Amali dan badan bahagian kegiatan Sekolah Ugama Penanjong telah mengadakan sembahyang sunnat hajat bagi murid-murid darjah enam yang bertempat di masjid kg penanjong. Sembahyang sunnat hajat ini di hadiri juga oleh penjaga ibubapa & murid-murid bagi sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Selesai sahaja sembahyang sunnat hajat, acara di teruskan dengan bacaan surah yassin yang diketuai oleh imam masjid kg penanjong sendiri.

Sunday, November 16, 2008

Mini Kem Motivasi






Ahad, 16 November 2008, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti riadah bagi semua murid-murid darjah enam. Aktiviti tersebut diadakan di kawasan sekolah dan dinamakan dengan "Mini Kem Motivasi" . Adapun tujuan aktiviti tersebut diadakan ialah supaya murid-murid dapat mengurangkan ketegangan sebelum menghadapi peperiksaan bersijil nanti.

Aktiviti dimulakan dengan acara riadah berjalan kaki ke pantai kg penanjong bersama tenaga pengajar, kemudian murid-murid melakukan senaman ringan dikawasan sekolah. Aktiviti tersebut bermula pada jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 11.30pagi.

Thursday, November 13, 2008

Bacaan Doa Selamat Untuk Tenaga Pengajar Yang Akan Menunaikan Ibadah Haji Tahun 2008M / 1429H





Khamis,13 November 2008, Tenaga-tenaga pengajar di Sekolah Ugama Penanjong telah mengadakan bacaan doa selamat bagi guru yang akan menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Guru tersebut adalah Cikgu Ezatul Khalilah Bte Hj Kudil, guru kelas darjah Satu Ta. Beliau akan berangkat ke tanah suci pada hari Isnin 17 November 2008.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Cikgu Pezaili Bin Talib. Kemudian diikuti dengan sumbangan derma daripada badan kebajikan guru-guru Sekolah Ugama Penanjong yang disampaikan sendiri oleh Guru Besar, Cikgu Maseni Bte Hj Libut.

Ceramah Motivasi Bagi Murid-Murid Darjah Enam










Rabu, 12 November 2008, Badan bahagian kegiatan Sekolah Ugama Penanjong telah mengadakan ceramah motivasi sebelum murid-murid darjah enam menghadapi peperiksaan bersijil bagi seluruh sekolah-sekolah ugama. Ceramah tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awg Hj Abdul Rahman Bin Hj Ahim, Pegawai Kaunseling dari Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan. Di dalam ceramah tersebut, penceramah banyak mengkongsikan tips yang berguna bagi para murid sebelum menghadapi peperiksaan.

Thursday, November 6, 2008

Bacaan Tahlil Arwah bersama Sekolah Ugama Sengkarai

s

Murid -murid dari Sekolah Ugama Penanjong Tutong


Murid-murid dari Sekolah Ugama Sengkarai Tutong


Guru Besar SU Penanjong bersama murid-murid perempuan SU Sengkarai

Guru -guru lelaki dari Sekolah Ugama Penanjong & Sengkarai

Khamis, 06 November 2008, Seramai 35 orang murid bersama 9 guru dari Sekolah Ugama Penanjong dan Sekolah Ugama Sengakarai telah membaca Surah Yassin dan Tahlil bagi Allahyarham Hj Libut Bin Abun, ayah kepada Cikgu Maseni Bte Hj Libut (Guru Besar Sekolah Ugama Penanjong) dan Cikgu Siti Arbi Bte Hj Libut ( Guru Besar Sekolah Ugama Sengkarai) yang telah kembali kerahmatullah pada hari khamis 30/10/2008.

Bacaan Surah Yassin diketuai oleh Cikgu Pezaili Bin Hj Talib dan Bacaan Tahlil Arwah dibawakan oleh Cikgu Hj Morni Bin Basri. Selesai sahaja bacaan Surah Yassin dan Tahlil Arwah, penyerahan sumbangan daripada guru-guru dan murid-murid Sekolah Ugama penanjong di sampaikan oleh guru kanan Sekolah UgamaPenanjong kepada Cikgu Maseni Bin Hj Libut.