Thursday, October 30, 2008
Majlis Sambutan Hari Guru Anjuran Murid-Murid Darjah VI
Khamis, 30 Oktober 2008, Ahli jawatankuasa gabungan murid-murid darjah IV hingga VI telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru khas buat guru-guru di Sekolah Ugama Penanjong. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Al Fatihah yang diketuai oleh Hj Ahmad Wajdi Bin Md Rozaini dan diikuti oleh bacaan Al Quraan oleh Muhammad Muadz Bin Ramlee.
Selesai sahaja ucapan alu-aluan daripada Guru Besar dan ketua murid iaitu Abdul Muim Bin Sukardean, acara dimulakan dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh murid-murid darjah Pra dan seterusnya dikuti oleh darjah 1 dan 2. Murid-murid darjah empat telah menyampaikan lakunan dengan tajuknya "penyesalan".
Acara terakhir adalah penyampaian hadiah bertuah dan penghargaan buat semua guru-guru di sekolah ugama penanjong.
Untuk melihat gambar lain sila klik disini.
Posted by supenanjong at 8:57 PM 0 comments
Jadual Peperiksaan Bertulis Akhir Tahun 2008M/1429H Bagi Darjah Empat & Lima
Posted by supenanjong at 3:42 PM 0 comments
Wednesday, October 29, 2008
Jadual Peperiksaan Bertulis Akhir Tahun 2008M/1429H Bagi Darjah Pra Hingga Tiga
*Jadual peperiksaan bertulis bagi darjah empat & lima akan di kemaskini (update) secepat mungkin di masa akan datang.
Posted by supenanjong at 5:34 PM 0 comments
Tuesday, October 21, 2008
Penghakiman 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keindahan)
Isnin, 20 Oktober 2008, Sekolah Ugama Penanjong telah terpilih untuk mengikuti pertandingan program 3k iaitu, (Kebersihan, Kesihatan & Keindahan) bersama sekolah-sekolah ugama khas yang lain. Sesi penghakiman bagi Sekolah Ugama Penanjong telah berlangsung pada Hari Isnin 20 Oktober 2008 pada jam 4.00 petang. Seramai lapan orang hakim yang terdiri dari Jabatan Pengajian Islam, Alam Sekitar serta dari jabatan kesihatan telah dilantik untuk menghakimi didalam pertandingan program tersebut.
Posted by supenanjong at 6:05 AM 0 comments
Thursday, October 9, 2008
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bagi Murid Su penanjong
Klik disini untuk melihat gambar lain
Posted by supenanjong at 5:54 AM 0 comments
Monday, October 6, 2008
Persekolahan Penggal Keempat Bermula
Isnin, 6 Oktober 08, Persekolahan penggal keempat sudah pun bermula,murid-murid memulakan persekolahan mereka dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai selepas sahaja murid-murid bersembahyang Zuhur berjemaah. Bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Cikgu Pezaili dan bacaan doa dibacakan oleh Cikgu Hjh Saiful Rizal.
Posted by supenanjong at 5:54 PM 0 comments