CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 12, 2010

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE FACEBOOK.. SU Penanjong

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE FACEBOOK.. SU Penanjong

Friday, August 14, 2009

Peraduan Tahlil & Doa Arwah Peringkat Pemilihan


Gambar oleh Cikgu Hj Saiful Rizal


Selasa 12 Ogos 2009, Peraduan Tahlil & Doa Arwah bagi peringkat pemilihan bagi Sekolah-Sekolah Ugama Daerah Tutong telahpun berlangsung di selama tiga hari di Sekolah Ugama Kiudang Tutong. Peraduan tersebut bermula pada 8hb Ogs 2009 hingga 11hb Ogos 2009.

Seramai 8 buah sekolah telah pun ikut serta bagi kategori lelaki dan 12 buah sekolah bagi kategori perempuan. Acara penyampaian hadiah dan keputusan peraduan telah berlansung pada Hari Selasa 14 Ogos iaitu hari ketiga majlis tersebut dijalankan. Keputusan peraduan adalah seperti berikut:

KATEGORI LELAKI
  1. SU PENANJONG
  2. SU KIUDANG
  3. MAHAD ISLAM BRUNEI

KATRGORI PEREMPUAN
  1. SU PENANJONG
  2. SU SENGKARAI
  3. SU KERIAM
Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan tahniah buat murid-murid SU Penanjong yang telah ikutserta dan berjaya mewakili bagi Daerah Tutong bagi kategori lelaki & perempuan.

Saturday, July 25, 2009

Majlis Perpisahan Bagi Tenaga Pengajar Yang Melanjutkan Pelajaran Ke KUPUSB

Sabtu, 25 Julai 2009, pihak sekolah telah mengadakan majlis jamuan perpisahan bagi salah seorang tenaga pengajar SU Penanjong iaitu Cikgu Sa`adiah Bte Sani. Beliau telah terpilih bagi melanjutkan pelajarannya di peringkat dipolma dalam bidang usuluddin di KUPUSB. Pihak sekolah mengucapkan taniah diatas kejayaan beliau, semoga terus berjaya di KUPUSB nanti.

Monday, July 20, 2009

Anugerah Sekolah Ugama Tauladan Tahun 2009


Sebahagian daripada guru-guru SU Penanjong bergambar ramai dengan Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam.

Guru-guru dari SU Telisai mendapat Anugerah Sekolah Tauladan bagi Kategori Akademik.

Ketua Badan bahagian kegiatan bergambar ramai bersama ahli-ahli nya.



BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke majlis sambutan memperingati Israk dan Mikraj.

Masjid dimeriahkan sama dengan sembahyang Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan majlis zikir-zikir tolak bala yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

Majlis juga diserikan pemakluman keputusan Anugerah Sekolah Ugama Tauladan 1430 Hijrah oleh pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Haji Ismail Haji Abdul Manap.

Tema Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam 1430 Hijrah ialah Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir.

Baginda Sultan juga berkenan menyempurnakan penganugerahan hadiah kepada pemenang Anugerah Sekolah Ugama Tauladan bagi Tahun 1430 Hijrah.

Pemenang ialah dari Sekolah Agama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Mulaut Brunei III bagi Kategori Pentadbiran dengan membawa pulang wang tunai $3,000 sumbangan Brunei Shell Marketing Sdn Bhd, piala iringan dan sijil.

Pemenang Kategori Akademik ialah Sekolah Ugama Tumpuan Telisai, Tutong yang juga menerima wang tunai $3,000, piala iringan dan sijil, manakala bagi Kategori Kegiatan dimenangi oleh Sekolah Ugama Penanjong, Tutong yang menerima wang tunai $3,000, piala iringan dan sijil

Pada tahun ini tiada ada Pemenang Keseluruhan di umumkan.

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Aziz Juned,.

Sebelum acara penganugerahan hadiah, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Hijrah, Pehin Dato Seri Utama Haji Md Zain Haji Serudin dalam sembah alu-aluannya berkata sambutan tahun ini akan diisikan dengan penyampaian Anugerah Sekolah Ugama Tauladan.

"Anugerah Sekolah Ugama Tauladan ini mengandungi empat kategori, iaitu Kategori Pentadbiran, Kategori Akademik, Kategori Kegiatan, dan Terbaik Keseluruhan.

"Program Anugerah Sekolah Ugama Tauladan yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam ini adalah kali yang ke-10 dan usaha seumpama ini adalah suatu galakan kepada semua sekolah agama agar sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu persekolahan agama dari semua sudut dan akan meneruskan usaha tersebut bagi membangkitkan daya inisiatif yang tinggi, menyemarakkan kesepakatan di antara guru dan pentadbir sekolah serta melatih dan mendidik pelajar supaya beriltizam dalam mendisiplinkan diri dengan ilmu yang diperoleh," katanya.

Selesai majlis penyampaian hadiah Baginda Sultan bersama-sama menunaikan sembahyang Isyak berjemaah.

Keberangkatan Baginda Sultan yang diiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Mateendi junjung Pehin Dato Seri Utama Haji Md Zain.

Sembahyang Maghrib berjemaah diimamkan oleh Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Salim Haji Besar dan seterusnya mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah bagi memohon supaya negara beroleh kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar dari bala bencana terutamanya wabak Influenza A H1N1.

Majlis juga mengadakan bacaan zikir tolak bala yang dipimpin Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Suhaili Mohiddin. Oleh Yusrin Junaidi Media Permata


KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH
SEKOLAH UGAMA TAULADAN TAHUN 1430H


1) KATEGORI PENTADBIRAN: Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al lslam, Mulaut Brunei III.

2) KATEGORI AKADEMIK: Sekolah Ugama Tumpuan Telisai Tutong.

3) KATEGORI KEGIATAN: Sekolah Ugama Penanjong Tutong.


Monday, June 1, 2009

Undangan Daripada AJK Masjid Kg Penanjong Tutong








Gambar disediakan oleh Cikgu Hj Morni

Jummat, 22hb Mei 09,
Ahli jawatankuasa takmir masjid telah menjemput murid-murid dari sekolah ugama penanjong untuk sama-sama meramaikan bagi majlis pelancaran penanaman pokok dan buah-buahan sempena sambutan Jubli Perak bagi masjid kg penanjong tutong. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Hj Ahmad Bin Hj Mohin, Ketua Pegawai Ugama DaerahTutong.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Hj Abdul Azizi Bin Badol iaitu imam masjid kg penanjong. Dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh ketua kg penanjong. Diantara perkara yang disentuh oleh ketua kampong ialah agar semua penduduk kampong sama-sama terlibat menjaga kebersihan dan kencantikan lanskap masjid. Acara penanaman pokok dan buah-buahan diketuai oleh tetamu kehormat sendiri kemudian diikuti oleh para penduduk kg penanjong.

Adapun murid-murid yang ikut serta di dalam majlis ini adalah murid-murid lelaki dari darjah empat hingga enam.

Thursday, May 21, 2009

Hadiah Daripda Murid-Murid SU Penanjong Sempena Hari Ibu











Selasa 12 Mei 2009
, Badan Bahagian Kegiatan telah mengadakan aktiviti membuat kad ucapan Hari Ibu bagi murid-murid darjah Pra hinggalah darjah enam. Aktiviti ini dijalankan adalah sempena menyambut Hari Ibu Sedunia yang berlangsung pada setiap 10hb Mei.

Adapun cara aktiviti ini dijalankan adalah dengan mengarahkan semua murid-murid menulis & melukis kad ucapan mereka sendiri dan diberikan kepada ibu mereka. Adapun tujuan aktiviti ini dijalankan adalah supaya murid-murid dapat memberikan ucapan terima kasih mereka melalui kad mereka dan menghargai setiap pengorbanan yang telah diberikan oleh kepada mereka.

Menjalankan Aktiviti Program Siwak Bagi Warga Sekolah














Isnin, 11 Mei 2009, bagi memastikan kesihatan gigi murid terjaga dengan baik, pihak sekolah telah menjalankan program siwak yang mana melibatkan murid-murid dari darjah pra hinggalah darjah enam. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam dengan bantuan daripada kementerian kesihatan. Adapun tujuan program ini diadakan ialah untuk memastikan murid-murid dapat memberus gigi dengan cara yang betul dan mengamalkan memberus gigi sebelum menunaikan sembahyang fardhu.